Memaparkan catatan dengan label #TOLAKPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #TOLAKPR. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2013

RAKYAT MENOLAK MANIPULASI PILIHAN RAYA.




Sikap pihak tertentu untuk mewujudkan prasangka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan negara dalam jangka panjang. 

Pihak terbabit jelas menghasut rakyat mempertikaikan apa saja keputusan terutama yang tidak memihak kepada mereka. Mereka mahu rakyat menganggap setiap kemenangan itu disebabkan oleh perbuatan menipu untuk memanipulasikan proses pengundian. 

"Mereka mahu melihat Malaysia tidak stabil bagi membolehkan boneka mereka mengambil alih pentadbiran negara dan memastikan segala keperluan dan keuntungan diperoleh mereka sepanjang masa"

Sudah sampai masanya, rakyat menolak golongan yang berusaha mewujudkan prasangka itu. Rakyat perlu memahami bahawa proses pemilihan wakil rakyat berjalan lancar sejak pertama kali diadakan pada 1959 dan banyak kerusi turut dimenangi pembangkang.

Rakyat perlu sedar bahawa sebarang gerakan ke arah mewujudkan rasa sangsi itu bukan saja tidak baik untuk negara malah akan dipergunakan pihak luar yang sentiasa mahu mencari kesalahan dalam proses mewujudkan demokrasi di negara ini. Mereka suka melihat kerajaan yang adil tumbang.

Umpamanya, usaha pihak tertentu mewujudkan prasangka dengan mendakwa warga Bangladesh turut mengundi pada PRU kali ini menyebabkan berita itu dipetik agensi berita antarabangsa yang mahu memaparkan proses pemilihan di Malaysia tidak bersih dan keputusannya dimanipulasi.

Mereka yang terbabit untuk mewujudkan huru-hara pada hari mengundi itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan jika didapati bersalah perlu dihukum untuk menjadi pengajaran supaya perbuatan sedemikian tidak berulang pada PRU akan datang. 
Kerajaan BN prihatin 

Rakyat perlu sedar bahawa pada PRU-12, Barisan Nasional (BN) dinafikan kemenangan dua pertiga di Parlimen dan kehilangan Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor selain hanya menang dua kerusi di Wilayah Persekutuan, iaitu di Putrajaya dan Labuan.

Apakah jika benar wujudnya manipulasi dalam proses PRU, BN tidak mengambil kesempatan untuk memastikan mereka tidak kecundang seperti pada PRU-12? Jika BN boleh memanipulasikan keputusan pilihan raya, sudah tentulah mereka tidak perlu risau dan hanya goyang kaki setiap kali PRU diadakan.

Rakyat perlu sedar sejak kekalahan besar itu, BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih secara beradab daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah berusaha gigih untuk memastikan BN terus terpahat di hati rakyat.

Pelbagai transformasi dilaksanakan di bawah gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat. Ini termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain mengadakan transformasi politik, termasuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sumber




TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA DATO' SRI, ATAS MANDAT BARU YANG DIBERIKAN.

Isnin, 29 April 2013

KENALI ANWAR HOMO..


Inilah ANWAR, BAPA PEMBANGKANG










https://www.facebook.com/feriz.omar?hc_location=stream


LIKE FATHER, LIKE SON n LIKE WIFE..


ini pemilik jam OMEGA, ANWAR.

ini anak ANWAR, NURUL IZZAH LEMBAH PANTAI

ini isteri ANWAR, presiden PAKATAN

Bila ketua keluarga musnah abis satu keluarga punah.


GERAKAN13 PERMATANG PAUH MENYERAH DIRI.


Kami dengan penuh iltizam dan rasa ikhlas juga ingin menyerah diri untuk dinilai dan diundi oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam pilihan raya ini. Insya Allah jika kami semua menang dan diberi mandat, maka besarlah harapan dan niat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menyempurnakan hasrat dan akurjanji berikut demi kelangsungan perpaduan, kesejahteraan serta masa depan kita bersama yang lebih sempurna dan terjamin di Permatang Pauh:



1. Membantu, melaksana dan memastikan semua AkuJanji BN peringkat Pusat dan Negeri dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sampai dan menepati sasarannya bagi semua penduduk.

2. Penambahbaikan keseluruhan kemudahan asas untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

3. Pengukuhan semangat 1Malaysia, Perpaduan, Setia Kawan, Kerjasama dan Ukhwah sesama umat Islam dan muhibah dengan masyarakat berbilang kaum kita - Cina, India, Siam dan lain-lain.

4. Peningkatan Taraf Ekonomi Rakyat melalui pelbagai projek, program, aktiviti dan bantuan yang bersesuaian.

5. Pembaikan sistem saliran, perparitan dan jalan dalam kampung bagi mengatasi masalah banjir kilat.

6. Memastikan Integriti Pemimpin sebagai teras pegangan setiap pemimpin agar nikmat pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

7. Pewujudan 'Pusat Transformasi Insan Permatang Pauh' untuk khidmat nasihat kerjaya dan langkah dalam menguruskan kehidupan pada masa hadapan.

8. Penubuhan 'Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Wanita Permatang Pauh' dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita pemangkin ke arah membina keluarga bahagia.

9. Peningkatan dakwah dan pendidikan, ilmu serta kefahaman dengan memakmurkan masjid, surau serta pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah yang sedia ada.

10. Peningkatan kualiti dan kejayaan pada masa hadapan setiap insan warga Permatang Pauh melalui pelbagai projek, kaedah, program dan aktiviti.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan  matlamat ini demi bumi kita Permatang Pauh tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ke arah kesejahteraan bersama. klik

Sabtu, 27 April 2013

CACI MAKI UNTUK BARISAN NASIONAL.



ROSMAH kena.

NAJIB pun kena.

Hanya mampu mngeluh dan beristighfar, SUBHANALLAH. PRU13 tidak seharusnya menjadi sedemikian rupa..di mana budi bahasa rakyat Malaysia, Melayu Islam??Kalau ini orang Islam yang buat.

Sudah-sudahlah wahai PAKATAN RAKYAT, jangan di sebabkan mengunakan nama RAKYAT kamu mampu menghina dan mencaci semua manusia di muka BUMI ini

Apa yang kita mahukan adalah seperti ini.


Jumaat, 26 April 2013

TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DI TEMBAK...





Datuk Saharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan mati di tembak setelah terkena 3 das tembakan semasa Allahyarham dalam perjalan dari rumah ke pejabatnya di Presint 2, Putrajaya. 



Kejadian berlaku sewatu kereta yang dinaik oleh Allahyarham berhenti di persimpangan 4 di Prisin8 sewaktu menungu lampu merah di persimpangan tersebut. 




Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha kepada Allahyarham Datuk Saharuddin. Semoga roh Allahyarham berada dalam lindungan Allah S.W.T 

Takziah juga buat keluarga Allahyarham. 

Khamis, 25 April 2013

DARI TUN M KEPADA SEMUA..



PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

AKU LIHAT LAYU DALAM MELAYU.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

ANWAR MARAH, WAN AZIZAH DI PELUK...


WAN AZIZAH presiden PKR

jangan cakap gambar atas itu menipu tau.

Apa agaknya fatwa PAS untuk perlakuan ini?!! HALAL isteri orang dipeluk oleh bukan muhrim demi keselamatan?!! Kalau macam ini penulis pun nak mohonlah kerja pengawal peribadi untuk wakil rakyat wanita yang hot, tidak kiralah isteri orang atau tidak. . 


woiiii.... Bini aku tuuuu.. nate-nate..


AKU sorang je boleh peluk OK.....

BUKU BERTEMU RUAS DI PERMATANG PAUH...


 Siapa sangka, akhirnya Anwar Ibrahim akan bertemu lawan sebenar. Bukan daripada kalangan musuh politik yang sudah lama berseteru dengannya, tapi Anwar menentang individu yang pernah duduk sebumbung dengannya dalam pakatan pembangkang


Selama ini Anwar mendabik dada kononnya di Permatang Pauh itu hanya dialah pemimpin pujaan rakyat. Tidak ada sesiapa pun yang mahukan pemimpin selain daripada Anwar atau kaum keluarganya. Kalau boleh, dia nak bagitahu ke seluruh negara betapa orang-orang di Permatang Pauh tu sujud tunduk bertuhankan Anwar Ibrahim. Sesiapa pun yang berani masuk kawasan tu akan dilumat-hancurkan.

Namun dengan kemunculan calon yang tidak disangka-sangka ini, sedikit sebanyak telah menggentarkan Anwar Ibrahim. Tinjauan di Permatang Pauh sendiri menyaksikan sokongan kepada Anwar sedang merosot dengan mendadak. Sebahagian besar penyokong Anwar dari PAS kini sudah mula berpaling arah. Semuanya kerana ketokohan anak tempatan bernama Mazlan bin Ismail ini yang pernah memainkan peranan besar dalam membawa kejayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada PRU-12 yang lalu.



Dr. Mazlan yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang tahu kekuatan dan kelemahan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Banyak masalah berkaitan kebajikan masyarakat setempat tidak diselesaikan oleh Anwar Ibrahim kerana keghairahannya merebut kerusi di Pejabat Perdana Menteri.

Anwar juga gentar kerana pengaruh Dr. Mazlan dalam kalangan ahli PAS masih teguh. Sentimen fanatik PAS tidak boleh dimainkan di sini kerana orang Permatang Pauh menghormati Dr. Mazlan lebih daripada faktor politik. Dr. Mazlan dan keluarga begitu dihormati di sini kerana kerendahan hatinya dan kesantunan budi pekerti yang dipamerkan ketika bersama masyarakat berbanding Anwar Ibrahim yang sangat licik bermuka-muka.


Justeru dengan kemunculan Dr. Mazlan ini, harapan mereka kembali mekar. Mereka, terutamanya penyokong-penyokong PAS, tidak mempunyai masalah untuk memilih Dr. Mazlan kerana beliau juga anak tempatan yang dikenali dan mudah didekati

Inilah lawan sebenar Anwar Ibrahim. Tidak ada lagi jaminan selamat atau menang mudah buat Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kali ini. Anwar perlu kerja lebih keras, atau Dr. Mazlan bakal menawan lebih banyak hati para penyokong Anwar sendiri. SUMBER





Rabu, 24 April 2013

KHALID GAGAP YANG BERKATA-KATA...






“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. “Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini. Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.

“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang. “Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.  SUMBER



KETUA ULAMAK DAP TERSUNGKUR.


.

Ketua Ulama Pakatan Karpal Singh





Semalam ceramah DAP di Taman Jajar, Jalan Medan York,Georgetown.Tanda kejatuhan DAP berlaku semalam apabila Mursidol Am DAP memerangkap Ketua Ulama Pakatan Karpal Singh jatuh tersembam menyembah bumi dihadapan 200 orang penyokong .

Beliau terjatuh apabila pembantu beliau hilang kawalan hingga Karpal tersembam dan meneruskan ceramah seperti biasa.

Ceramah DAP kali ini adalah sama seperti ceramah sebelum ini dan kurang hadirin disebabkan ianya diadakan di taman tempat kediaman.

BALA MENIMPA KETUA ULAMAK DAP, TERSUNGKUR DAN TERUS TERSUNGKUR.

PERKARA YANG TIDAK AKAN DISEBARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG...



AKU JANJI MANIFESTOR BARISAN NASIONAL

MENANGANI KOS SARA HIDUP

1JUTA RUMAH MAMPU MILIK

KEARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAS DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

MEMBINA EKONOMI MAMPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

#vote4BN SAHABAT

KISAH DARI PAK ZAD UNTUK BARISAN NASIONAL...





Kata DSAI dengan bergitu yakin tetapi " desprate " - " Kerajaan baru akan mempastikan keyakinan di kalangan orang awam,pelabur dan pemegang saham melalui polisi ekonomi yang konsisten serta perincian keutamaan polisi. Perubahan kerajaan dapat memberi keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas,manakala Malaysia dapat menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tanpa menindas golongan miskin " . (Suara keadilan 19/4/2013). Ini adalah satu kenyataan bagaimana DSAI cuba bermain strategi untuk membawa minda pengundi PRU 13 bahawa pada 5 Mei nanti mereka akan jadi Kerajaan mengambil alih Putrajaya. DSAI mengunakan strategi " maneuvers " untuk memaksa BN untuk "react " kepada kenyataan ini .

Bagi DSAI dan para strategist PR , mereka mahu supaya BN kelihatan bergitu lemah dan " ineffective " dalam menjawap persoalan tersebut. Mereka mahu BN dalam kedudukan " defensif " dan tidak mampu untuk melakukan " attacking " . DSAI pada masa ini telah cuba untuk " position" kan PR untuk berada di depan BN . Strategi " maneuvers " yang digunakan oleh para strategist PR, adalah strategi untuk menghilangkan fokas kepada para strategist BN. Ini kerana sudah tentunya para strategist BN akan sibuk untuk menjawap persoalan yang di timbulkan oleh DSAI dan Para strategist PR terutamanya isu-isu yang boleh mempengaruhi "minda " pengundi seperti isu aliran haram yang ditimbulkan oleh badan kewangan luar . Walaupun DSAI tahu isu ini telah pun di jawab didalam Parlimen tetapi mereka masih terus mengunakan isu ini . Sedangkan di parlimen perkara ini sudah pun diperdebatkan oleh DSAI dan para pemimpin pembangkang . Tetapi DSAI telah jadikan isu sebagai strategi "blaming game " untuk menjajah minda pengundi PRU 13 bahawa Kerajaan BN korup. 

Strategi DSAI dan para strategist PR ini dalam The Rovian Playbook ( Karl Rove adalah pakar strategi politik dalam era Bush dan era Obama ) disebut  sebagai " take the offensive " - " an aggresive approach that establishes the agenda of the campaign ,while putting their opponent on the defensive " . Makna nya DSAI dan para strategist PR telah mengunakan strategi dan tactik Rovian untuk mempastikan BN terkeluar dari landasan . Dengan semua pemimpin BN sibuk untuk menjawab semua isu-isu yang DSAI dan para pemimpin PR lontarkan dan ini akan menyebabkan BN akan kurang dalam menjelaskan hala tuju dan aku janji BN. Seolah-olah BN terlalu berdosa dengan rakyat diatas apa yang PR dakwakan. Ini taktik amat bahaya kepada BN . Sekiranya di biarkan untuk terus attack BN.



Oleh itu pada PRU 13 ini yang sudah bermula , DSAI dan PR telah mengunakan strategi tersebut di atas, dalam kempen seluruh negara . PR mengatakan Kerajaan BN korup dan kekayaan diberikan kroni BN saja , merecyclekan semua isu-isu lama sejak selepas Tsunami 2008 . Setiap malam PR terus berkempen dengan irama yang sama . Mereka mengatakan PR adalah bersih dan berintegriti. Sedangkan realitinya tidak . Persoalan isu - isu tersebut juga sudah dijawab dalam parlimen oleh pemimpin kerajaan dan juga siasatan juga telah dibuat oleh pihak berwajib termasuk SPRM . Semua ternyata tiada ada asas . Jadi sebagai melawan strategi PR dan DSAI ,BN harus pada permulaan kempen PRU 13 tidak perlu mengikut rentak mereka . BN jangan makan umpan dari pancing mereka . BN harus juga bermain " pancing " untuk mengumpan DSAI dan PR . Biarlah umpan PR itu disitu kerana lama kelamaan para pengundi akan menolak " umpan " tersebut kerana sudah muak dengan isu-isu tersebut.

BN pada masa ini terus " memancing " Pakatan Rakyat dengan strategi " attack " . BN boleh attack PR dengan isu-isu masa kini yang boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir .  BN juga boleh mengunakan strategi "maneuvers  ".  Isu - isu seperti kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga komuniti golongan miskin dalam isu rumah mampu milik , isu kerajaan negeri Pulau Pinang kedekut untuk berbelanja untuk mempastikan simpanannya tinggi sedangkan masalah kesejahteraan rakyat di serahkan kepada Kerajaan Persekutuan ( di komen oleh Laporan Audit Negara ), Isu pengunaan perkataan Allah SWT yang dibangkit oleh Guan Eng , Isu siapa Perdana Menteri Malaysia sekira PR memerintah, Isu Air di Selangor dan Kelantan - kerajaan PR yang tidak mampu menyelesai masalah rakyat, isu ketidakcekapan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan hingga tanah-tanah dan balak diberikan kepada syarikat luar negara dan luar negeri Kedah dan Kelantan, isu pengangguran di Kelantan dan Kedah yang kritikal dan isu Ketua Menteri dan Menteri Besar yang banyak berpolitik " blaming " setiap kali ada kelemahan mereka  dan sentiasa menyalahkan UMNO dan BN yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, boleh dijadikan bahan untuk strategi "atttacking " BN.



Semua isu-isu tersebut juga boleh menyebabkan DSAI dan PR akan berada dalam defensif . Dengan isu-isu tersebut didedahkan ia boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir bahawa PR secara realitinya bukan satu parti alternatif yang baik ,malah masa diberikan sejak 2008 untuk buktikan keupayaan mereka di Kedah,Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor ,tetapi mereka gagal untuk membuktikan  PR adalah alternatif untuk menyaingi Kerajaan BN . Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bergerak atas kebergantungan kepada perancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan BN . Nasib Kerajaan PR adalah baik di Pulau Pinang dan Selangor kerana kedua-dua negeri tersebut adalah salah satu negara yang maju atas dasar Kerajaan BN sebelum 2008 . Manakala Kedah dan Kelantan kedua negeri yang antara yang miskin,tetapi dengan dasar kerajaan BN kedua dua negeri tidak dianak tirikan oleh Kerajaan BN kerana pembangunan tetap masuk ke Kelantan dan Kedah. Ini strategi " attacking"  untuk membuatkan para pengundi membuat perbandingan  dan berfikir bahawa sekiranya mereka gagal sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bolehkah mereka menjadi Kerajaan Persekutuan .

Dalam siri kempen pada minggu pertama ini, BN harus terus berada diposisi " attacking " dan jangan sekali-sekali BN berada dalam posisi "defensif " kerana bila BN berada di belakang pasti sukar untuk menyaingi PR . Kita akan terus membaca " minda " DSAI dan para strategist PR untuk hari-hari kempen yang baru berada pada hari keempat dan kita masih ada sepuluh hari lagi untuk terus berkempen . Dalam politik ,siapa yang bijak dalam strategi dan taktik ,maka dia lah akan menang . SUMBER

Selasa, 23 April 2013

TANGAN GHAIB GANGU SARAWAK.


Transkrip taklimat yang dipaparkan ini merupakan taklimat SUARAM kepada 35 orang  MPP Keadilan, ia juga bukti skandal Scorpene yang dicipta oleh pembangkang sebenarnya bertujuan menjadikan isu ini sebagai 'peluru' kempen mereka dalam PRU13.

Aduan SUARAM kepada Mahkamah Antarabangsa dibuat kerana mereka tahu Perancis serius terhadap korupsi dan rasuah selepas pembunuhan 12 orang di Pakistan.

SUARAM juga tahu walaupun aduan dibuat tanpa bukti yang kukuh, kerajaan Perancis akan menggunakan kuasa perundangan mereka untuk mengadakan siasatan walaupun ia melibatkan rakyat negara lain.

Agenda pembangkang adalah untuk menjadikan isu Scorpene sebagai bullet PR dalam PRU13 :





Transkrip taklimat SUARAM di atas membuktikan bahawa skandal Scorpene dicipta oleh pembangkang tanpa bukti dan sama sekali tidak berasas. Maka tidak hairanlah jika tiada pembicaraan di Perancis, sebaliknya kerajaan Perancis hanya menjalankan siasatan berdasarkan aduan SUARAM.

Bahasa mudah faham, SUARAM mengadu kepada Mahkamah Antarabangsa, kerajaan Perancis membuat siasatan berdasarkan aduan, pembangkang melalui media mereka memainkan isu ini kononnya terdapat perbicaraan di Perancis. SUMBER