Siapa sangka, akhirnya Anwar Ibrahim akan bertemu lawan sebenar. Bukan
daripada kalangan musuh politik yang sudah lama berseteru dengannya, tapi Anwar
menentang individu yang pernah duduk sebumbung dengannya dalam pakatan
pembangkang
Selama ini Anwar mendabik dada kononnya di Permatang Pauh itu hanya dialah pemimpin pujaan rakyat. Tidak ada sesiapa pun yang mahukan pemimpin selain daripada Anwar atau kaum keluarganya. Kalau boleh, dia nak bagitahu ke seluruh negara betapa orang-orang di Permatang Pauh tu sujud tunduk bertuhankan Anwar Ibrahim. Sesiapa pun yang berani masuk kawasan tu akan dilumat-hancurkan.
Namun dengan kemunculan calon yang tidak disangka-sangka ini, sedikit sebanyak telah menggentarkan Anwar Ibrahim. Tinjauan di Permatang Pauh sendiri menyaksikan sokongan kepada Anwar sedang merosot dengan mendadak. Sebahagian besar penyokong Anwar dari PAS kini sudah mula berpaling arah. Semuanya kerana ketokohan anak tempatan bernama Mazlan bin Ismail ini yang pernah memainkan peranan besar dalam membawa kejayaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada PRU-12 yang lalu.
Dr. Mazlan yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang tahu kekuatan dan kelemahan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Banyak masalah berkaitan kebajikan masyarakat setempat tidak diselesaikan oleh Anwar Ibrahim kerana keghairahannya merebut kerusi di Pejabat Perdana Menteri.
Anwar juga gentar kerana pengaruh Dr. Mazlan dalam kalangan ahli PAS masih teguh. Sentimen fanatik PAS tidak boleh dimainkan di sini kerana orang Permatang Pauh menghormati Dr. Mazlan lebih daripada faktor politik. Dr. Mazlan dan keluarga begitu dihormati di sini kerana kerendahan hatinya dan kesantunan budi pekerti yang dipamerkan ketika bersama masyarakat berbanding Anwar Ibrahim yang sangat licik bermuka-muka.
Justeru dengan kemunculan Dr. Mazlan ini, harapan mereka kembali mekar.
Mereka, terutamanya penyokong-penyokong PAS, tidak mempunyai masalah untuk
memilih Dr. Mazlan kerana beliau juga anak tempatan yang dikenali dan mudah
didekati
Inilah lawan sebenar Anwar Ibrahim. Tidak ada lagi jaminan selamat atau
menang mudah buat Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kali ini. Anwar perlu kerja
lebih keras, atau Dr. Mazlan bakal menawan lebih banyak hati para penyokong
Anwar sendiri. SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan