Rabu, 24 April 2013

KHALID GAGAP YANG BERKATA-KATA...






“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. “Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini. Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.

“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang. “Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.  SUMBER



Tiada ulasan:

Catat Ulasan