Isnin, 29 April 2013

GERAKAN13 PERMATANG PAUH MENYERAH DIRI.


Kami dengan penuh iltizam dan rasa ikhlas juga ingin menyerah diri untuk dinilai dan diundi oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam pilihan raya ini. Insya Allah jika kami semua menang dan diberi mandat, maka besarlah harapan dan niat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menyempurnakan hasrat dan akurjanji berikut demi kelangsungan perpaduan, kesejahteraan serta masa depan kita bersama yang lebih sempurna dan terjamin di Permatang Pauh:



1. Membantu, melaksana dan memastikan semua AkuJanji BN peringkat Pusat dan Negeri dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sampai dan menepati sasarannya bagi semua penduduk.

2. Penambahbaikan keseluruhan kemudahan asas untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

3. Pengukuhan semangat 1Malaysia, Perpaduan, Setia Kawan, Kerjasama dan Ukhwah sesama umat Islam dan muhibah dengan masyarakat berbilang kaum kita - Cina, India, Siam dan lain-lain.

4. Peningkatan Taraf Ekonomi Rakyat melalui pelbagai projek, program, aktiviti dan bantuan yang bersesuaian.

5. Pembaikan sistem saliran, perparitan dan jalan dalam kampung bagi mengatasi masalah banjir kilat.

6. Memastikan Integriti Pemimpin sebagai teras pegangan setiap pemimpin agar nikmat pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

7. Pewujudan 'Pusat Transformasi Insan Permatang Pauh' untuk khidmat nasihat kerjaya dan langkah dalam menguruskan kehidupan pada masa hadapan.

8. Penubuhan 'Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Wanita Permatang Pauh' dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita pemangkin ke arah membina keluarga bahagia.

9. Peningkatan dakwah dan pendidikan, ilmu serta kefahaman dengan memakmurkan masjid, surau serta pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah yang sedia ada.

10. Peningkatan kualiti dan kejayaan pada masa hadapan setiap insan warga Permatang Pauh melalui pelbagai projek, kaedah, program dan aktiviti.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan  matlamat ini demi bumi kita Permatang Pauh tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ke arah kesejahteraan bersama. klik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan