Rabu, 8 Mei 2013

RAKYAT MENOLAK MANIPULASI PILIHAN RAYA.




Sikap pihak tertentu untuk mewujudkan prasangka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan negara dalam jangka panjang. 

Pihak terbabit jelas menghasut rakyat mempertikaikan apa saja keputusan terutama yang tidak memihak kepada mereka. Mereka mahu rakyat menganggap setiap kemenangan itu disebabkan oleh perbuatan menipu untuk memanipulasikan proses pengundian. 

"Mereka mahu melihat Malaysia tidak stabil bagi membolehkan boneka mereka mengambil alih pentadbiran negara dan memastikan segala keperluan dan keuntungan diperoleh mereka sepanjang masa"

Sudah sampai masanya, rakyat menolak golongan yang berusaha mewujudkan prasangka itu. Rakyat perlu memahami bahawa proses pemilihan wakil rakyat berjalan lancar sejak pertama kali diadakan pada 1959 dan banyak kerusi turut dimenangi pembangkang.

Rakyat perlu sedar bahawa sebarang gerakan ke arah mewujudkan rasa sangsi itu bukan saja tidak baik untuk negara malah akan dipergunakan pihak luar yang sentiasa mahu mencari kesalahan dalam proses mewujudkan demokrasi di negara ini. Mereka suka melihat kerajaan yang adil tumbang.

Umpamanya, usaha pihak tertentu mewujudkan prasangka dengan mendakwa warga Bangladesh turut mengundi pada PRU kali ini menyebabkan berita itu dipetik agensi berita antarabangsa yang mahu memaparkan proses pemilihan di Malaysia tidak bersih dan keputusannya dimanipulasi.

Mereka yang terbabit untuk mewujudkan huru-hara pada hari mengundi itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan jika didapati bersalah perlu dihukum untuk menjadi pengajaran supaya perbuatan sedemikian tidak berulang pada PRU akan datang. 
Kerajaan BN prihatin 

Rakyat perlu sedar bahawa pada PRU-12, Barisan Nasional (BN) dinafikan kemenangan dua pertiga di Parlimen dan kehilangan Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor selain hanya menang dua kerusi di Wilayah Persekutuan, iaitu di Putrajaya dan Labuan.

Apakah jika benar wujudnya manipulasi dalam proses PRU, BN tidak mengambil kesempatan untuk memastikan mereka tidak kecundang seperti pada PRU-12? Jika BN boleh memanipulasikan keputusan pilihan raya, sudah tentulah mereka tidak perlu risau dan hanya goyang kaki setiap kali PRU diadakan.

Rakyat perlu sedar sejak kekalahan besar itu, BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih secara beradab daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah berusaha gigih untuk memastikan BN terus terpahat di hati rakyat.

Pelbagai transformasi dilaksanakan di bawah gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat. Ini termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain mengadakan transformasi politik, termasuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sumber




TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA DATO' SRI, ATAS MANDAT BARU YANG DIBERIKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan