Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

#727 CALON BN AKAN DIDEDAHKAN.



Najib akan menyerahkan senarai calon sah bertanding kepada Pengerusi BN negeri selepas selesai tapisan dan senarai berkenaan sudah dimuktamadkan serta dalam proses tapisan akhir, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan polis.

Seramai 727 calon BN akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN. Jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi 71 DUN di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi pada PRU-13 berikutan pewartaan senarai daftar pemilih terkini pada 21 Februari lalu. Berita Harian



#vote4BN
P/S: Anda Baca, Anda Nilai, Anda Faham dan Anda Sampaikan..

Khamis, 4 April 2013

DATUK SERI NAJIB MENYANYI SAMBIL BERBASIKAL.






Putrajaya - Walaupun bakal berdepan dengan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap ceria ketika menghadiri program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sini hari ini.

Menariknya, ketika menuju ke kereta bagi meninggalkan majlis, Najib tertarik mendengar nyanyian lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh penyanyi dari Sabah, Jimmy Palikat.

Perdana Menteri kelihatan berhenti sebentar berhampiran kereta beliau dan menyanyikan lagu tersebut di hadapan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Klik Sini

#Vote4BN

P/S : Anda Baca, Anda Faham, Anda Nilai dan Anda Sampaikan

Selasa, 2 April 2013

PM LETAK JAWATAN????......




 Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet Kuala Lumpur? betul ke?

Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar, klik sini

bersamalah kita merapatkan saf, luruskan barisan.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan.

Selasa, 26 Mac 2013

PAS sudah jadi terlalu liberal sampai ulamak lari..



Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.


 P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan.

Sabtu, 23 Mac 2013

GEMPAR.....Pengarah strategi PKR adalah PAPA GOMO?


WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS, menafikan beliau adalah pemilik BLOG PAPA GOMO, malah menegaskan bahawa beliau adalah KETUA EKSEKUTIF KL POS MEDIA dan PRODUCTION SDN BHD, seperti yang di dakwa RAFIZI RAMLI, PKR...


Sinar harian, 23mac2013

selain itu juga, wan muhammad azri menafikan bahawa beliau adalah PENGUNDI HANTU yang di dakwa oleh pengarah stretegi PKR.


Gambar Superimpose 01, dikeluarkan oleh PKR


Gambar Superimpose 02, dikeluarkan oleh PKR


Adakah benar WAN MUHAMMAD AZRI adalah PAPA GOMO? atau sandiwara PKR supaya tembelang ANWAR di tutup.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan

Jumaat, 22 Mac 2013

Bangsa ku seperti dadu...



Mari kita hayati puisi yang disampaikan oleh W.S RENDRA



Politik Tidak punyai kepala.

Apabila agama menjadi politik, politik tidak punyai kepala, 



P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

ohhhh...Ustaz PAS..


PAS Perlekeh Majlis Fatwa

Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.


P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

Kiram Bakal Karam...




                                      
Selain itu juga, ACJ Telah Putuskan Sabah Milik Malaysia

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.

Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak "rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri

Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).

Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah", resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih".

Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa.

Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946  telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.

Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. 

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah. 


Rabu, 20 Mac 2013

Bubar atau Belum itu bukan persoalan...




hari ini di kejutkan dengan penyebaran BERITA PALSU, yang menyatakan PARLIMEN sudah bubar.

Ini sms yang yg terima tadi menyatakan:

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen"
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama."

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini."

dan ini JAWAPANNYA


Nampaknya ada yang ghairah dan tidak sabar untuk PARLIMEN bubar, mungkin sebab semangat juangnya ataupun ada BOM tersembunyi yang disimpan..

KITA tunggu dan LIHAT..

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan