Memaparkan catatan dengan label perwira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perwira. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

#727 CALON BN AKAN DIDEDAHKAN.



Najib akan menyerahkan senarai calon sah bertanding kepada Pengerusi BN negeri selepas selesai tapisan dan senarai berkenaan sudah dimuktamadkan serta dalam proses tapisan akhir, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan polis.

Seramai 727 calon BN akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN. Jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi 71 DUN di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi pada PRU-13 berikutan pewartaan senarai daftar pemilih terkini pada 21 Februari lalu. Berita Harian



#vote4BN
P/S: Anda Baca, Anda Nilai, Anda Faham dan Anda Sampaikan..

Khamis, 4 April 2013

DATUK SERI NAJIB MENYANYI SAMBIL BERBASIKAL.






Putrajaya - Walaupun bakal berdepan dengan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap ceria ketika menghadiri program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sini hari ini.

Menariknya, ketika menuju ke kereta bagi meninggalkan majlis, Najib tertarik mendengar nyanyian lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh penyanyi dari Sabah, Jimmy Palikat.

Perdana Menteri kelihatan berhenti sebentar berhampiran kereta beliau dan menyanyikan lagu tersebut di hadapan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Klik Sini

#Vote4BN

P/S : Anda Baca, Anda Faham, Anda Nilai dan Anda Sampaikan

Selasa, 2 April 2013

PM LETAK JAWATAN????......




 Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet Kuala Lumpur? betul ke?

Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar, klik sini

bersamalah kita merapatkan saf, luruskan barisan.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan.

Isnin, 1 April 2013

Selasa, 26 Mac 2013

MACAI pembangkang TERDESAK....




 Semalam adalah sambutan hari polis seluruh negara Malaysia. Belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut hari polis kepada semua anggota polis negara kita.

Gambar di atas merupakan gambar pelatih PULAPOL yang meraikan hari tamat latihan mereka. Namun, gambar tersebut telah dimanipulasikan oleh media pembangkang seperti di bawah.


 Pembangkang tidak henti-henti untuk memburukkan imej anggota polis kita. Apakah dengan memanipulasi gambar di atas, kerajaan UMNO/BN di lihat kejam?

Kenapa pembangkang begitu berdendam dengan PDRM kita? Apakah disebabkan PDRM kita bersungguh-sungguh menghalang Nur Misuari ceroboh Sabah menyebabkan Anwar dan Tian Chua begitu marah dengan PDRM?

Gila!! Bacul!! Sialan!! Inilah perkataan yang paling layak kita berikan pada media pembangkang yang tidak henti-henti cuba burukkan imej PDRM kita. 


Polis adalah pertahanan negara yang menjaga keaman negara, pihak pembangkang takut akan kekuatan yang polis ada sehingga memburukan setiap kebaikan yang pihak PDRM lakukan, mereka ingin menutup keburukan yang dilakukan, jadi mereka memburukan pihak PDRM.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA..





Berterima Kasihlah Tidak kira kepada sesiapa pun.


Terima Kasih juga kepada YAB, kerana berkerja keras untuk melihat NEGARA ini terus aman dan maju, teruskan PERJUANGAN MU, biarlah mereka mengejar bulan dan bintang, namun kita tetap di bumi yang nyata.


Demi ALIF, BA dan TA

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan ..

Jumaat, 22 Mac 2013

Bangsa ku seperti dadu...



Mari kita hayati puisi yang disampaikan oleh W.S RENDRA



Politik Tidak punyai kepala.

Apabila agama menjadi politik, politik tidak punyai kepala, 



P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

Amalan Sihir Untuk Hancurkan Negara...




Amalan Ilmu Hitam oleh Pengganas Sulu

seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amala

 ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.
Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.

MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.

Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.

Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.

Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.

Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.

Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.

Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam. 

Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.

Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

ohhhh...Ustaz PAS..


PAS Perlekeh Majlis Fatwa

Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.


P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..