Memaparkan catatan dengan label mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahathir. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

#727 CALON BN AKAN DIDEDAHKAN.



Najib akan menyerahkan senarai calon sah bertanding kepada Pengerusi BN negeri selepas selesai tapisan dan senarai berkenaan sudah dimuktamadkan serta dalam proses tapisan akhir, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan polis.

Seramai 727 calon BN akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN. Jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi 71 DUN di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi pada PRU-13 berikutan pewartaan senarai daftar pemilih terkini pada 21 Februari lalu. Berita Harian



#vote4BN
P/S: Anda Baca, Anda Nilai, Anda Faham dan Anda Sampaikan..

Khamis, 4 April 2013

KISAH SESUMPAH YANG DI TINGGALKAN..


ANU_war pun Pelbagai rupa, PEREMPUAN dia bedal LELAKI pun dia bedal.

''Saya berpendapat Sidek Baba membuat keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.

''Selain salah laku Anwar, saya begitu kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana kerakusan mahu berkuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Anwar selepas menemubual seramai 28 saksi hidup. klik Sini


Sesumpah pun berani bersumpah yang dia sesumpah, ANWAR?



#Vote4BN
P/S: Anda Baca, Anda Nilai, Anda Faham dan Anda Sampaikan...

DATUK SERI NAJIB MENYANYI SAMBIL BERBASIKAL.






Putrajaya - Walaupun bakal berdepan dengan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap ceria ketika menghadiri program Kayuhan Patriotik 1Malaysia di sini hari ini.

Menariknya, ketika menuju ke kereta bagi meninggalkan majlis, Najib tertarik mendengar nyanyian lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh penyanyi dari Sabah, Jimmy Palikat.

Perdana Menteri kelihatan berhenti sebentar berhampiran kereta beliau dan menyanyikan lagu tersebut di hadapan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Klik Sini

#Vote4BN

P/S : Anda Baca, Anda Faham, Anda Nilai dan Anda Sampaikan