Memaparkan catatan dengan label papa gomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label papa gomo. Papar semua catatan

Jumaat, 5 April 2013

ANWAR KENE BOOOO.....



U Boo, I saman U

Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.  Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.  Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.  

Akar umbi tidak bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah pelik, malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan bagi semua parti setiap kali pilihanraya.  

Namun, yang menjadikannya satu isu besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin Anugerah Tuhan’ iaitu, Anwar Ibrahim.  

Penyokong PKR telah bertindak mengejek Dato’ Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh Anwar.  Khabarnya, ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.  

Kita masih boleh memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Dato’ Fauzi, tetapi kita hairan ke manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri mereka ini?  Kita juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih menyukai penyandang, iaitu Azan Ismail tetapi takkan ‘menyayangi Azan sehingga sanggup memalukan Anwar’?  

Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap kali pemilihan parti iaitu, enggan mendengar suara akar umbi dan membuat keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri.  

Jika Anwar tidak menghormati akar umbi, bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar?  

Dari satu sudut pula, kita tidak hairan jika Anwar tidak menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai sikap buta tuli iaitu, menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang telah terdedah dan terbukti.  Bagi Anwar, suara orang yang akan menyokongnya walau apapun yang berlaku atau dilakukannya, tidak perlu diberi perhatian.

Malah, Anwar bukan sahaja tidak menghormati mereka, tetapi langsung tidak prihatin pun mengenai nasib mereka.  Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan, malah nyawa penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan.  

Sejak 1998 lagi, Anwar tidak kisah membahayakan penyokong-penyokongnya.  Malah, Anwar secara terang-terangan mengimpikan ‘Arab Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.  

Apapun, kejadian di Kuantan ini memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’.  Anwar kini sudah menjadi ‘manusia biasa’ dan bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata penyokong-penyokongnya.   Tidak mustahil, kebanyakan penyokongnya hanya menyokong PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.  

Sekiranya ketandusan isu, Anwar mungkin boleh mencipta isu.  Tetapi jika kehilangan ‘aura’, di manakah Anwar boleh mencarinya?  

Justeru, kalaupun Anwar menang dalam PRU kali ini, percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat, termasuk penyokong sendiri sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak yang dipertontonkan kepada dunia!   

#vote4BN

P/S: Anda Baca, Anda Nilai, Anda Faham dan Anda Sampaikan....

Rabu, 20 Mac 2013

Bubar atau Belum itu bukan persoalan...




hari ini di kejutkan dengan penyebaran BERITA PALSU, yang menyatakan PARLIMEN sudah bubar.

Ini sms yang yg terima tadi menyatakan:

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen"
``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama."

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini."

dan ini JAWAPANNYA


Nampaknya ada yang ghairah dan tidak sabar untuk PARLIMEN bubar, mungkin sebab semangat juangnya ataupun ada BOM tersembunyi yang disimpan..

KITA tunggu dan LIHAT..

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan

Berbeza antara yang buat kerja dengan yang tidak buat kerja..



Semalam Dato' Sri Najib Razak siaran langsung di tayangkan di TV1, pengumuman ETP dan GTP. negara telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak ETP & GTP diperkenalkan. Dato' Sri Najib Razak berharap rakyat terus menyokong inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan untuk masa depan negara yang lebih terjamin. teruslah melayari laman web http://www.1malaysia.com.my/ 

 TAHNIAH DATO' SRI NAJIB


Berlainan pula dengan gambar yang di bawah ini...


Ketua Umum Keadilan, Tidak ada perkerjaan lain, selain menyaman je kerjanya, selepas utusan dengan tv3 di saman, kini blogger PAPA GOMO plak disaman, TIADA KERJAYAAN yang dibawanya untuk RAKYAT, tapi semuanya kepentingan pribadi.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

Sultan Sulu saman Papa Gomo.....


Anwar Ibrahim menfailkan saman ke atas blogger PAPA GOMO, dinyatakan PAPA GOMO menyebarkan gambar lucah yang menyerupai Ketua Umum Keadilan.



Siapakah Ketua Umum Keadilan?


48jam diberikan kepada PAPA GOMO untuk mohon maaf dan membayar ganti rugI banyak RM100 juta. 
 
 
Saman Anwar tidak melemahkan PAPA GOMO, PAPA GOMO pula kasi 48jam, bermula jam 04.00ptg semalam, supaya Ketua Umum Keadilan menarik balik saman tersebut dan memohon maaf secara terbuka. Kita tunggu dan lihat, antara masa 48 jam ANWAR dengan 48 jam GOMO.
 
 
P/S : anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan.