Isnin, 20 Mei 2013

PAS TIDAK MENYOKONG KATA DATUK AHMAD YAKOB



KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

"Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from PEMUDA PEKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan