Selasa, 21 Mei 2013

APA KENE MENGENA ARWAH ACIK SPIN DAN ALAN?


“Tetapi apabila peminat dah minta, terpaksalah saya menyanyikannya juga. Bagaimanapun sekarang saya sudah ada pengganti Achik tetapi bukanlah secara kekal. Jika anda mendengar suaranya, saling tak ubah seperti suara Achik, tambahan dia adalah peminat kami berdua’




Nama Siti Nurdiana atau lebih dikenali sebagai Nana, sememang sudah sebati dengan pasangan duetnya Achik Spin, namun ajal telah menjemput Achik pergi terlebih dahulu akibat daripada kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Selepas pemergian Achik, nampaknya Nana seolah hilang pasangan duet yang terbaik yang tak mungkin dicari ganti.
Achik dan Nana nama yang begitu sinomin untuk pasangan duet sehingga digelar pasangan duet popular sekitar tahun 2000 dan pernah digosipkan bercinta. Namun, gosip percintaan itu terhenti apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Seperti yang kita tahu, suara arwah Achik Spin mempunyai keunikan tersendiri dan sukar disamakan oleh penyanyi lain. Biarpun ketiadaan Achik, Nana tetap akan mendendangkan lagu hits mereka berdua iaitu Memori Berkasih, Gurauan Berkasih, Luahan Hati Kekasih dan Resipi Berkasih setiap kali persembahannya kerana itu adalah peminatnya sendiri.
Bagi Nana sendiri kenangan manis bersama arwah Achik sememangnya sukar untuk dilupakan bahkan dia berasa janggal apabila terpaksa menyanyikan lagu duet mereka secara Solo.
P/S: berehat sebentar dari arena politik, kita menyelinap pula ke arena hiburan, yang menang sudah menang, yang kalah terimalah seadanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan