Memaparkan catatan dengan label #LOVEBN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #LOVEBN. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

SPR DI UGUT.

Bila kekalah di pihak mereka, pelbagai ugutan yang mereka keluarkan dan pelbagai penafian yang kita lihat. terbaru selepas solat jumaat di putrajaya, macai-macai anwar diarahkan turun berdemo. 



Semua pekerja SPR mengambil perhatian, mereka belum memerintah sudah meminta seluruh jawatan kuasa SPR meletak jawatan, inikan pula selepas mereka memerintah, in shaa ALLAH abis semua pekerja SPR akan digantikan oleh PENDEMO-PENDEMO SAMM untuk menjadi jawatan kuasa SPR. 

MM berharap semua ketua pusat mengundi diseluruh malaysia membuat penyataan bahawa BENARKAH blackout berlaku di tempat pengiraan undi atau mereka sengaja mereka cerita demi mendapat KUASA, sebab semua RAKYAT sudah maklum bahawa cita-cita ANWAR untuk dapatkan KUASA bagi membalas dendam yang sudah lama tertanam didalam jiwanya

keranda untuk SPR dan DEMOKRASI

MM faham dan sangat faham dengan pergerakan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI), jika berdemo akan membawak keranda, batu nisan, kalungan bunga untuk mengambarkan KEMATIAN. sebab apa saya tidak sebut nama NGO seperti SAMM atau sewaktu denganya sebab semua yang hadir itu mahupun mengetuai NGO itu adalah dari golongan PMI, di universiti mereka mengelar dirinya PMI bagi menarik minat mahasiswa terhadap persatuanya.

demokrasi mati? 
1) cuba tanya pada diri adakah barisan nasional yang menyebabkan demokrasi mati?
2) pakatan rakyat yang membuat demokrasi itu mati?

satu malaysia sudah maklum bahawa pengundian sudah dibuat dan rakyat sudah memilih pemimpin yang mereka mahukan, ini bermakna PEMBANGKANG sudah menidakkan suara rakyat, dan mematikan demokrasi itu



Isnin, 29 April 2013

GERAKAN13 PERMATANG PAUH MENYERAH DIRI.


Kami dengan penuh iltizam dan rasa ikhlas juga ingin menyerah diri untuk dinilai dan diundi oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam pilihan raya ini. Insya Allah jika kami semua menang dan diberi mandat, maka besarlah harapan dan niat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menyempurnakan hasrat dan akurjanji berikut demi kelangsungan perpaduan, kesejahteraan serta masa depan kita bersama yang lebih sempurna dan terjamin di Permatang Pauh:



1. Membantu, melaksana dan memastikan semua AkuJanji BN peringkat Pusat dan Negeri dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sampai dan menepati sasarannya bagi semua penduduk.

2. Penambahbaikan keseluruhan kemudahan asas untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

3. Pengukuhan semangat 1Malaysia, Perpaduan, Setia Kawan, Kerjasama dan Ukhwah sesama umat Islam dan muhibah dengan masyarakat berbilang kaum kita - Cina, India, Siam dan lain-lain.

4. Peningkatan Taraf Ekonomi Rakyat melalui pelbagai projek, program, aktiviti dan bantuan yang bersesuaian.

5. Pembaikan sistem saliran, perparitan dan jalan dalam kampung bagi mengatasi masalah banjir kilat.

6. Memastikan Integriti Pemimpin sebagai teras pegangan setiap pemimpin agar nikmat pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

7. Pewujudan 'Pusat Transformasi Insan Permatang Pauh' untuk khidmat nasihat kerjaya dan langkah dalam menguruskan kehidupan pada masa hadapan.

8. Penubuhan 'Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Wanita Permatang Pauh' dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita pemangkin ke arah membina keluarga bahagia.

9. Peningkatan dakwah dan pendidikan, ilmu serta kefahaman dengan memakmurkan masjid, surau serta pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah yang sedia ada.

10. Peningkatan kualiti dan kejayaan pada masa hadapan setiap insan warga Permatang Pauh melalui pelbagai projek, kaedah, program dan aktiviti.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan  matlamat ini demi bumi kita Permatang Pauh tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ke arah kesejahteraan bersama. klik

Khamis, 25 April 2013

ANWAR MARAH, WAN AZIZAH DI PELUK...


WAN AZIZAH presiden PKR

jangan cakap gambar atas itu menipu tau.

Apa agaknya fatwa PAS untuk perlakuan ini?!! HALAL isteri orang dipeluk oleh bukan muhrim demi keselamatan?!! Kalau macam ini penulis pun nak mohonlah kerja pengawal peribadi untuk wakil rakyat wanita yang hot, tidak kiralah isteri orang atau tidak. . 


woiiii.... Bini aku tuuuu.. nate-nate..


AKU sorang je boleh peluk OK.....

Rabu, 24 April 2013

KHALID GAGAP YANG BERKATA-KATA...






“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. “Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini. Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.

“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang. “Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.  SUMBER



KETUA ULAMAK DAP TERSUNGKUR.


.

Ketua Ulama Pakatan Karpal Singh





Semalam ceramah DAP di Taman Jajar, Jalan Medan York,Georgetown.Tanda kejatuhan DAP berlaku semalam apabila Mursidol Am DAP memerangkap Ketua Ulama Pakatan Karpal Singh jatuh tersembam menyembah bumi dihadapan 200 orang penyokong .

Beliau terjatuh apabila pembantu beliau hilang kawalan hingga Karpal tersembam dan meneruskan ceramah seperti biasa.

Ceramah DAP kali ini adalah sama seperti ceramah sebelum ini dan kurang hadirin disebabkan ianya diadakan di taman tempat kediaman.

BALA MENIMPA KETUA ULAMAK DAP, TERSUNGKUR DAN TERUS TERSUNGKUR.

KISAH DARI PAK ZAD UNTUK BARISAN NASIONAL...





Kata DSAI dengan bergitu yakin tetapi " desprate " - " Kerajaan baru akan mempastikan keyakinan di kalangan orang awam,pelabur dan pemegang saham melalui polisi ekonomi yang konsisten serta perincian keutamaan polisi. Perubahan kerajaan dapat memberi keseimbangan keperluan rakyat dalam pasaran bebas,manakala Malaysia dapat menjadi negara berdaya saing dalam pasaran bebas tanpa menindas golongan miskin " . (Suara keadilan 19/4/2013). Ini adalah satu kenyataan bagaimana DSAI cuba bermain strategi untuk membawa minda pengundi PRU 13 bahawa pada 5 Mei nanti mereka akan jadi Kerajaan mengambil alih Putrajaya. DSAI mengunakan strategi " maneuvers " untuk memaksa BN untuk "react " kepada kenyataan ini .

Bagi DSAI dan para strategist PR , mereka mahu supaya BN kelihatan bergitu lemah dan " ineffective " dalam menjawap persoalan tersebut. Mereka mahu BN dalam kedudukan " defensif " dan tidak mampu untuk melakukan " attacking " . DSAI pada masa ini telah cuba untuk " position" kan PR untuk berada di depan BN . Strategi " maneuvers " yang digunakan oleh para strategist PR, adalah strategi untuk menghilangkan fokas kepada para strategist BN. Ini kerana sudah tentunya para strategist BN akan sibuk untuk menjawap persoalan yang di timbulkan oleh DSAI dan Para strategist PR terutamanya isu-isu yang boleh mempengaruhi "minda " pengundi seperti isu aliran haram yang ditimbulkan oleh badan kewangan luar . Walaupun DSAI tahu isu ini telah pun di jawab didalam Parlimen tetapi mereka masih terus mengunakan isu ini . Sedangkan di parlimen perkara ini sudah pun diperdebatkan oleh DSAI dan para pemimpin pembangkang . Tetapi DSAI telah jadikan isu sebagai strategi "blaming game " untuk menjajah minda pengundi PRU 13 bahawa Kerajaan BN korup. 

Strategi DSAI dan para strategist PR ini dalam The Rovian Playbook ( Karl Rove adalah pakar strategi politik dalam era Bush dan era Obama ) disebut  sebagai " take the offensive " - " an aggresive approach that establishes the agenda of the campaign ,while putting their opponent on the defensive " . Makna nya DSAI dan para strategist PR telah mengunakan strategi dan tactik Rovian untuk mempastikan BN terkeluar dari landasan . Dengan semua pemimpin BN sibuk untuk menjawab semua isu-isu yang DSAI dan para pemimpin PR lontarkan dan ini akan menyebabkan BN akan kurang dalam menjelaskan hala tuju dan aku janji BN. Seolah-olah BN terlalu berdosa dengan rakyat diatas apa yang PR dakwakan. Ini taktik amat bahaya kepada BN . Sekiranya di biarkan untuk terus attack BN.



Oleh itu pada PRU 13 ini yang sudah bermula , DSAI dan PR telah mengunakan strategi tersebut di atas, dalam kempen seluruh negara . PR mengatakan Kerajaan BN korup dan kekayaan diberikan kroni BN saja , merecyclekan semua isu-isu lama sejak selepas Tsunami 2008 . Setiap malam PR terus berkempen dengan irama yang sama . Mereka mengatakan PR adalah bersih dan berintegriti. Sedangkan realitinya tidak . Persoalan isu - isu tersebut juga sudah dijawab dalam parlimen oleh pemimpin kerajaan dan juga siasatan juga telah dibuat oleh pihak berwajib termasuk SPRM . Semua ternyata tiada ada asas . Jadi sebagai melawan strategi PR dan DSAI ,BN harus pada permulaan kempen PRU 13 tidak perlu mengikut rentak mereka . BN jangan makan umpan dari pancing mereka . BN harus juga bermain " pancing " untuk mengumpan DSAI dan PR . Biarlah umpan PR itu disitu kerana lama kelamaan para pengundi akan menolak " umpan " tersebut kerana sudah muak dengan isu-isu tersebut.

BN pada masa ini terus " memancing " Pakatan Rakyat dengan strategi " attack " . BN boleh attack PR dengan isu-isu masa kini yang boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir .  BN juga boleh mengunakan strategi "maneuvers  ".  Isu - isu seperti kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga komuniti golongan miskin dalam isu rumah mampu milik , isu kerajaan negeri Pulau Pinang kedekut untuk berbelanja untuk mempastikan simpanannya tinggi sedangkan masalah kesejahteraan rakyat di serahkan kepada Kerajaan Persekutuan ( di komen oleh Laporan Audit Negara ), Isu pengunaan perkataan Allah SWT yang dibangkit oleh Guan Eng , Isu siapa Perdana Menteri Malaysia sekira PR memerintah, Isu Air di Selangor dan Kelantan - kerajaan PR yang tidak mampu menyelesai masalah rakyat, isu ketidakcekapan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan hingga tanah-tanah dan balak diberikan kepada syarikat luar negara dan luar negeri Kedah dan Kelantan, isu pengangguran di Kelantan dan Kedah yang kritikal dan isu Ketua Menteri dan Menteri Besar yang banyak berpolitik " blaming " setiap kali ada kelemahan mereka  dan sentiasa menyalahkan UMNO dan BN yang menyebabkan perkara tersebut berlaku, boleh dijadikan bahan untuk strategi "atttacking " BN.



Semua isu-isu tersebut juga boleh menyebabkan DSAI dan PR akan berada dalam defensif . Dengan isu-isu tersebut didedahkan ia boleh menyebabkan para pengundi mula berfikir bahawa PR secara realitinya bukan satu parti alternatif yang baik ,malah masa diberikan sejak 2008 untuk buktikan keupayaan mereka di Kedah,Kelantan , Pulau Pinang dan Selangor ,tetapi mereka gagal untuk membuktikan  PR adalah alternatif untuk menyaingi Kerajaan BN . Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bergerak atas kebergantungan kepada perancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan BN . Nasib Kerajaan PR adalah baik di Pulau Pinang dan Selangor kerana kedua-dua negeri tersebut adalah salah satu negara yang maju atas dasar Kerajaan BN sebelum 2008 . Manakala Kedah dan Kelantan kedua negeri yang antara yang miskin,tetapi dengan dasar kerajaan BN kedua dua negeri tidak dianak tirikan oleh Kerajaan BN kerana pembangunan tetap masuk ke Kelantan dan Kedah. Ini strategi " attacking"  untuk membuatkan para pengundi membuat perbandingan  dan berfikir bahawa sekiranya mereka gagal sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bolehkah mereka menjadi Kerajaan Persekutuan .

Dalam siri kempen pada minggu pertama ini, BN harus terus berada diposisi " attacking " dan jangan sekali-sekali BN berada dalam posisi "defensif " kerana bila BN berada di belakang pasti sukar untuk menyaingi PR . Kita akan terus membaca " minda " DSAI dan para strategist PR untuk hari-hari kempen yang baru berada pada hari keempat dan kita masih ada sepuluh hari lagi untuk terus berkempen . Dalam politik ,siapa yang bijak dalam strategi dan taktik ,maka dia lah akan menang . SUMBER

Selasa, 23 April 2013

TANGAN GHAIB GANGU SARAWAK.


Transkrip taklimat yang dipaparkan ini merupakan taklimat SUARAM kepada 35 orang  MPP Keadilan, ia juga bukti skandal Scorpene yang dicipta oleh pembangkang sebenarnya bertujuan menjadikan isu ini sebagai 'peluru' kempen mereka dalam PRU13.

Aduan SUARAM kepada Mahkamah Antarabangsa dibuat kerana mereka tahu Perancis serius terhadap korupsi dan rasuah selepas pembunuhan 12 orang di Pakistan.

SUARAM juga tahu walaupun aduan dibuat tanpa bukti yang kukuh, kerajaan Perancis akan menggunakan kuasa perundangan mereka untuk mengadakan siasatan walaupun ia melibatkan rakyat negara lain.

Agenda pembangkang adalah untuk menjadikan isu Scorpene sebagai bullet PR dalam PRU13 :





Transkrip taklimat SUARAM di atas membuktikan bahawa skandal Scorpene dicipta oleh pembangkang tanpa bukti dan sama sekali tidak berasas. Maka tidak hairanlah jika tiada pembicaraan di Perancis, sebaliknya kerajaan Perancis hanya menjalankan siasatan berdasarkan aduan SUARAM.

Bahasa mudah faham, SUARAM mengadu kepada Mahkamah Antarabangsa, kerajaan Perancis membuat siasatan berdasarkan aduan, pembangkang melalui media mereka memainkan isu ini kononnya terdapat perbicaraan di Perancis. SUMBER

ALLAH SWT MAHA BERKUASA...





Apakah ini suratan atau kebetulan? Kita tidak menolak semua ini berlaku dengan kekuasaan Allah SWT. Pada waktu dan hari yang sama, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi boleh berdebat dari tempat yang berbeza.

Allah maka kuasa. Tidak ada yang mustahil bagi Allah SWT. Sikap segelintir PAS dan PKR yang mengadaikan kalimah suci Allah kepada orang Kristian mungkin akan dibalas setimpal oleh Allah yang satu.

Anwar terus menipu rakyat tampa rasa bersalah, tetapi ALLAH maha mengetahui semuanya.

ADAKAH DISEBABKAN PIL KUDA PKR?.... AL-FATIHAH





llahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini. SUMBER

P/S: Hati-hati jentera BN mereka sanggup lakukan apa sahaja demi nak dapatkan PUTRAJAYA yang mereka hina selama ini..



NURUL IZZAH DENGAN ARAKnya...


Terbaru kes pendedahan ahli PKR dengan PIL KUDAnya, sekarang anak ANWAR plak dengan ARAKnya.

MASTER CHEF kedai ARAK...


punah anak bangsa sebab DADAH PKR

Isnin, 22 April 2013

HATI-HATI CALON PKR JUAL PIL KUDA....



 ini KUDA DAP/PKR

Sindiran tajam lagi pedas dan pasti memalukan Anwar Ibrahim dan parti PKR dinyatakan oleh Presiden PAS semasa ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat.

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

    Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

    Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.


 ini PIL KUDA PKR

    "Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. - Utusan

Kita tentu tertanya-tanya identiti 'calon-calon pembangkang bukan PAS' yang dianggap sebagai syaitan oleh Hadi Awang. Begitu juga dengan calon pembangkang yang juga tukang jual pil kuda.

Jika beginilah kualiti calon-calon pembangkang, bukan PAS dan penyokong-penyokong PAS sahaja yang perlu tolak calon tersebut tetapi rakyat keseluruhannya sepatutnya menolak pakatan pembangkang yang menjadi sarang syaitan dan tukang jual pil kuda.

Selain daripada tukang jual pil kuda dan syaitan, Hadi Awang juga mendedahkan calon PKR yang berideologi komunis! Laporan media :

    Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan beideologi komunis.

    “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut” tambah beliau.

    “Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan .. dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin


untuk lebih lanjut, KLIK SINI

Sapa mahu PIL KUDA jumpalah CALON PKR.

HATI-HATI, SEMASA BERKEMPEN DIA ORANG JUAL PIL KUDA, PUNAH ANAK BANGSA SEBAB DADAH, JAUHI DADAH PKR..

DAP PLAY MAKER MALAYSIA MALAYSIA..



Sejak pilihanraya umum 2008 dan sejak DAP memenangi Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjadi “play maker” untuk negeri-negeri di bawah PKR kecuali Kelantan, DAP sudah “silence”kan konsep Malaysian Malaysia yang di perjuangkan sejak dulu lagi. Ini kerana mereka tahu sentivitivi orang-orang Melayu yang mencurigai konsep tersebut sebagai ancaman kepada hak-hak kaum Melayu. DAP juga tahu konsep tersebut yang menjadi penyebab mengapa orang Melayu menjauhkan diri daripada DAP.

Malah ada kajian di buat oleh pengkaji-kaji politik, mengatakan kemenangan DAP pada pilihanraya 2008 adalah kerana pengundi memberi undi protes kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya,dan bukannya kerana DAP kuat ataupun pengundi-pengundi memang menyokong perjuangan mereka tetapi pengundi mengundi adalah lebih kepada protes kepada Barisan Nasional. DAP amat memahami situasi ini kerana mereka juga agak terkejut dengan kemenangan tersebut dan bagi mereka peluang yang datang sekali dalam sejarah mereka,kerana itu mereka terpaksa memikir dan mencari strategi baru bag untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang.

DAP tahu , buat masa ini persekitaran politik Malaysia masih tidak sesuai untuk pengunaan konsep Malaysian Malaysia, dan untuk survival DAP, mereka perlu satu strategi baru tapi tidak mengorbankan konsep tersebut. Kerana itu DAP terpaksa menukarkan konsep dan perjuangan “Malaysian Malaysia” kepada slogan dan konsep baru tetapi pengertian adalah sama dengan konsep “Malaysian Malaysia”.

Berdasarkan itu wujudlah konsep “Middle Malaysia” dan “keadilan untuk semua”. Kedua-dua konsep membawa maksud DAP telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. Ini adalah juga tafsiran dan makna kepada “Malaysian Malaysia” yang mendukung kepada kesamarataan kepada semua kaum,walaupun DAP tahu apa yang ada dalam perlembagaan mungkin sukar di terima oleh kaum-kaum tertentu. Tetapi DAP terus mendendang lagu lama tapi dengan irama baru dan senikata baru. Yang menariknya irama dan senikata baru nampak lebih menarik dan pada masa ini sudah ada ramai peminat yang meminati irama ini, hingga ada yang sudah lalai seperti rakan-rakan mereka di dalam PR yang juga terpaksa mengorbankan perjuangan mereka dan menerima alunan merdu irama baru.
KLIK SINI

UNTUK RAKYAT SELANGOR KU SAYANG...




PERHATIKAN AYAT YANG TERAKHIR..TERBAIKKK.


SAYANGI SELANGOR, #vote4BN.

Ahad, 21 April 2013

JENTERA PAS MEMBERI KHABARAN BURUK BUAT PAKATAN...




Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.

Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR. KLIK SINI
 
#vote4BN