Isnin, 3 Jun 2013

SAMAN TERHADAP F.A.M DITARIK BALIK.

Malaysia (FAM) dan tiga yang lain atas dakwaan cuai.

Ahmad Jazimin Mohd. Jalaludin, 31, seorang pereka grafik menarik balik saman yang difailkannya terhadap FAM, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia tanpa kebebasan untuk memfailkan semula saman itu dan tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen yang mewakili Ahmad Jazimin memberitahu pemberita, anak guamnya itu menarik balik saman tersebut selepas persetujuan kesemua pihak.

Menurut peguam itu, penarikan balik saman itu direkodkan oleh Hakim Datin Yeoh Wee Siam di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ahmad Jazimin memfailkan saman itu pada 24 Julai 2012 untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM776,000 daripada FAM setelah mengalami kecederaan ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada 2011


1 ulasan:

  1. Salam perjuangan!
    Mohon dipautkan blog ini. Tq

    http://beliabangkit.blogspot.com/

    BalasPadam