Isnin, 22 April 2013

DAP PLAY MAKER MALAYSIA MALAYSIA..



Sejak pilihanraya umum 2008 dan sejak DAP memenangi Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjadi “play maker” untuk negeri-negeri di bawah PKR kecuali Kelantan, DAP sudah “silence”kan konsep Malaysian Malaysia yang di perjuangkan sejak dulu lagi. Ini kerana mereka tahu sentivitivi orang-orang Melayu yang mencurigai konsep tersebut sebagai ancaman kepada hak-hak kaum Melayu. DAP juga tahu konsep tersebut yang menjadi penyebab mengapa orang Melayu menjauhkan diri daripada DAP.

Malah ada kajian di buat oleh pengkaji-kaji politik, mengatakan kemenangan DAP pada pilihanraya 2008 adalah kerana pengundi memberi undi protes kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya,dan bukannya kerana DAP kuat ataupun pengundi-pengundi memang menyokong perjuangan mereka tetapi pengundi mengundi adalah lebih kepada protes kepada Barisan Nasional. DAP amat memahami situasi ini kerana mereka juga agak terkejut dengan kemenangan tersebut dan bagi mereka peluang yang datang sekali dalam sejarah mereka,kerana itu mereka terpaksa memikir dan mencari strategi baru bag untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang.

DAP tahu , buat masa ini persekitaran politik Malaysia masih tidak sesuai untuk pengunaan konsep Malaysian Malaysia, dan untuk survival DAP, mereka perlu satu strategi baru tapi tidak mengorbankan konsep tersebut. Kerana itu DAP terpaksa menukarkan konsep dan perjuangan “Malaysian Malaysia” kepada slogan dan konsep baru tetapi pengertian adalah sama dengan konsep “Malaysian Malaysia”.

Berdasarkan itu wujudlah konsep “Middle Malaysia” dan “keadilan untuk semua”. Kedua-dua konsep membawa maksud DAP telah berjuang ke arah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum dengan menawarkan peluang saksama dan keadilan untuk semua. Ini adalah juga tafsiran dan makna kepada “Malaysian Malaysia” yang mendukung kepada kesamarataan kepada semua kaum,walaupun DAP tahu apa yang ada dalam perlembagaan mungkin sukar di terima oleh kaum-kaum tertentu. Tetapi DAP terus mendendang lagu lama tapi dengan irama baru dan senikata baru. Yang menariknya irama dan senikata baru nampak lebih menarik dan pada masa ini sudah ada ramai peminat yang meminati irama ini, hingga ada yang sudah lalai seperti rakan-rakan mereka di dalam PR yang juga terpaksa mengorbankan perjuangan mereka dan menerima alunan merdu irama baru.
KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan