Selasa, 26 Mac 2013

N9, Hoben Jang Hoben, bakal BUBAR.....



Seremban: Kerajaan sementara negeri ini akan terbentuk secara automatik Khamis ini mengikut Undang-Undang Tubuh kerajaan Negeri Sembilan selepas penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata permohonan tidak perlu dibuat untuk menubuhkan kerajaan sementara kepada mana-mana pihak kerana proses itu berlaku secara automatik.
Mulai Khamis, saya bukan lagi wakil rakyat kerana DUN sudah terbubar. Namun, saya masih Menteri Besar mengetuai kerajaan sementara untuk menguruskan perjalanan harian pentadbiran negeri, termasuk hal ehwal masyarakat, membayar gaji kakitangan dan sebagainya.


Kita seboleh mungkin tidak akan menggubal dasar baru atau membuat keputusan besar seperti meluluskan tanah beribu ekar... tidak boleh kerana itu tidak bermoral dan tidak beretika walaupun kita mempunyai kuasa, katanya selepas majlis penyampaian pinjaman dan bantuan zakat pelajar Asia Barat tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)


Mohamad berkata, selepas DUN terbubar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh maksimum 60 hari untuk mengadakan pilihan raya semula.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor, pula berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk beliau tidak lagi bergelar ADUN mulai Khamis ini.

Tidak payah lagi panggil Yang Berhormat, panggil nama pun tidak apa, katanya ketika merasmikan kempen penggunaan bahan rangsangan lateks anjuran RISDA di Kampung Kerangai, Jelebu, semalam.

Katanya, tiada yang pelik berhubung pembentukan kerajaan sementara kerana negeri ini yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak selaras dengan Kerajaan Pusat.

P/S: anda baca, anda nilai, anda faham dan anda sampaikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan