Rabu, 20 November 2013

UNIVERSITI MALAYA DISERANG HIPPIES


Semakin dekat dengan Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (UM), semakin banyak kejutan di buat oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau di kenali sebagai Pro M. Semalam Fahmi Reza dan Persatuan Mahasiswa Islam atau lebih di kenali sebagai Pro Mahasiswa telah mengadakan Speech, dan di kabarkan Fahmi Reza dihalang masuk ke Universiti Malaya, dan perlbagai tindakan di lakukan setelah tidak dibenarkan masuk.






Sehingga sanggup menconteng logo hippie seperti di perhentian bas dan kolej-kolej kediaman. Lebih parah, beberapa buah kenderaan rasmi universiti seperti van dan bas turut diconteng dengan logo yang sama


kenderaan universiti di conten logo HIPPIES

APAKAH MAKSUD HIPPIES? 
MENGAPA MEREKA MENGUNAKAN LOGO ITU?


LOGO HIPPIES

Hippie merupakan salah satu budaya yang pernah merosakkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Sejak budaya ini popular, pelbagai bentuk gejala sosial seperti seks bebas, dadah dan hiburan tanpa sempadan merebak ke seluruh dunia.

Walaupun budaya ini dikatakan sudah berakhir pada penghujung tahun 70-an selepas Perang Vietnam, namun dipercayai ia masih dianuti oleh sejumlah besar aktivis sosialis di peringkat global. Di Malaysia, budaya ini cuba dipopularkan oleh Fahmi Reza dan para pendokong fahaman sosialis yang beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur diketuai Hishamuddin Rais.

Fahmi Reza cuba menyebar fahaman ini bersama-sama dengan fahaman sosialis lain seperti kebebasan sosial dalam kalangan mahasiswa kerana beliau percaya golongan ini paling mudah ditanam dan disemai dengan ideologi-ideologi kebebasan hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Namun apa yang SB cuba bangkitkan di sini ialah, adakah mahasiswa Universiti Malaya bersedia atau mengalu-alukan budaya ini di dalam kampus? Jika benar budaya ini diterima di dalam kampus, maka Universiti Malaya secara dasarnya sudah ditawan oleh sosialis Hippies yang dibawa oleh Fahmi Reza. Selepas ini, SB percaya lebih banyak bentuk budaya bebas ini akan diperkenalkan selain logo-logo yang diconteng di sekitar kampus. 

Tahniah Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana membawa masuk pengaruh negatif ini ke dalam kampus.  klik


1 ulasan:

  1. Sosialis Hippies ujud sebab UMNO dah rompak kekayaan Negara sama seperti Kerajaan AS yg berbelanja berbillion billion utk perang Vietnam yg tidak membawa hasil. Sepatutnya DEB menghapuskan kemiskinan, tanpa kemiskinan bertambah dan org2 elit macam Syed Mokhtar bolot semua atas nama Melayu.

    BalasPadam